COVID-19: Bangladesh kesan kes positif di kem pelarian
Astro Awani
Mei 14, 2020 06:55 MYT
Mei 14, 2020 06:55 MYT
Pihak berkuasa Bangladesh mengesan dua kes positif COVID-19 dalam kalangan penghuni kem pelarian terbesarnya di Cox's Bazaar.
Ini menimbulkan kebimbangan berhubung potensi jangkitan lebih tinggi berdasarkan kadar kesesakan di kem berkenaan.
Ia merupakan kes pertama dikesan dari kalangan pelarian.
Kem tersebut menempatkan sekitar sejuta etnik Rohingya.
Pesakit yang dikesan positif kini dilaporkan menjalani pengasingan.
Sebagai langkah berwaspada, sejumlah 1,900 penghuni kem yang lain turut dikuarantin.
Perintah kawalan pergerakan turut dilaksanakan di Cox's Bazaar sejak 14 Mac.
Agensi bantuan sebelum ini memberi amaran berkenaan potensi kesan COVID-19 ke atas etnik Rohingya.
Ini susulan keadaan kem yang sesak, dan ketiadaan akses kepada air bersih.