COVID-19: Banduan Brazil protes lawatan keluarga ditangguh

Astro Awani
Mei 3, 2020 08:04 MYT
Banduan di Manaus melakukan tunjuk perasaan sebagai protes atas penangguhan semua lawatan pada masa negara itu sedang dilanda COVID-19. - REUTERS/Bruno Kelly
Banduan di sebuah penjara di Manaus, negeri Amazon Brazil melakukan protes dengan menahan pengawal penjara selama beberapa jam pada Sabtu
Banduan turut melakukan tunjuk perasaan sebagai protes di atas penangguhan semua sesi lawatan ketika negara itu dilanda COVID-19.
Menurut Setiausaha Keselamatan Awam negeri itu, selepas lebih lima jam, keadaan di penjara Puraquequara kembali dapat dikawal dan pengawal penjara berjaya dibebaskan.
Kunjungan di fasiliti itu ditangguhkan sejak pertengahan Mac dan anggota keluarga tahanan mendakwa terdapat khabar angin di media sosial virus itu mulai tersebar di penjara berkenaan.
Tanpa kebenaran untuk melawat, kebanyakan keluarga terputus hubungan dengan ahli keluarga mereka yang ada di penjara.
Hampir 6,500 orang maut akibat koronavirus tersebut di Brazil dengan lebih 92,000 kes jangkitan dicatatkan.
#banduan protes #Brazil #COVID-19 #koronavirus #Manaus #media sosial #Puraquequara
;