COVID-19: Bandaraya Tianjin lapor empat kes tempatan, tutup sekolah, tadika

Khairunnisa Kasnoon
November 20, 2020 13:46 MYT
Sekolah dan tadika yang berdekatan dengan komuniti ditutup susulan penularan kes tempatan di Tianjin. -Reuters
SEKIAN lama tidak merekodkan kes penularan tempatan, bandar raya utara China, Tianjin mengesahkan empat kes COVID-19 tempatan baharu pada Jumaat.
Menurut CCTV, kes dilaporkan di komuniti Kanhaixuan yang diletakkkan sebagai kawasan berisiko tinggi oleh pihak berkuasa.
Keempat-empat pesakit dirawat di Hospital Taida dalam wad berasingan sebelum sebahagian daripada mereka dipindahkan ke hospital lain.
Susulan itu, pihak berkuasa menutup sekolah dan tadika yang berdekatan dengan komuniti.
Ujian saringan besar-besaran juga dilaksanakan di kawasan terlibat dengan setiap penduduk diwajibkan melakukan ujian asid nukleik dan menerima pemerhatian perubatan.
#CCTV #China #sekolah #COVID-19 #ujian saringan #Tianjin