COVID-19: AS bakal terima pengembara asing November ini

Astro Awani
September 20, 2021 06:43 MYT
Kelonggaran sekatan ini terpakai ke atas individu dan bukan berdasarkan negara. - Foto fail/REUTERS/Dominick Reuter
Amerika Syarikat akan longgarkan sekatan perjalanan bermula November depan.
Negara berkenaan juga akan mula menerima pengembara yang lengkap divaksin dari United Kingdom, Kesatuan Eropah (EU) dan beberapa negara lain.
Kelonggaran sekatan ini diputuskan susulan tuntutan daripada sebahagian besar sekutunya di Eropah.
Menurut Koordinator White House, Jeff Zients, kelonggaran sekatan ini terpakai ke atas individu dan bukan berdasarkan negara.
Di bawah peraturan baharu ini, pengembara perlu menunjukkan bukti mereka lengkap divaksin sebelum menaiki penerbangan dan keputusan negatif bagi ujian COVID-19 dalam tempoh tiga hari sebelum perjalanan.
Mereka tidak perlu menjalani kuarantin.
Amerika Syarikat adalah antara negara dengan sekatan perjalanan ketat.
Pada 2020, ia laksana sekatan ke atas pengembara dari China dan kemudian diperluaskan kepada negara lain.
Ketika ini Amerika Syarikat sekat bukan warganegaranya yang pernah ke UK dan beberapa negara Eropah, China, India, Afrika Selatan dan Iran dalam tempoh 14 hari.
#COVID-19 #sekatan perjalanan #Pengembara #lengkap vaksin
;