COVID-19: Austria laksana kembali perintah sekatan

Astro Awani
November 23, 2021 09:08 MYT
Sebuah pasar Krismas yang terletak berdekatan gereja St Stephen ditutup susulan perintah lockdown di Vienna, Austria, 22 Nov 2021. (Foto AP)
AUSTRIA menjadi negara Eropah Barat pertama melaksanakan semula perintah sekatan selepas proses vaksinasi susulan peningkatan kes COVID-19.
Ia menyaksikan penutupan premis perniagaan bukan kritikal, bar dan kafe selama 10 hari, sebagai langkah kawalan mengelak penularan wabak menjelang musim sejuk tidak lama lagi.
Kerajaan juga mengumumkan akan mewajibkan rakyat untuk mendapatkan vaksin menjelang 1 Feb 2022.
Polisi ini dijangka mendapat tentangan susulan sikap skeptikal majoriti rakyat mengenai vaksinasi.
Pelaksanaan semula perintah sekatan juga mencetus bantahan yang menyaksikan sekitar 40,000 penunjuk perasaan mengemukakan protes di jalan utama Vienna pada hujung minggu lalu.
Sehingga kini, satu per tiga daripada penduduk Austria masih belum divaksin.
Angka ini antara yang tertinggi di Eropah Barat.
Pihak berkuasa mengaitkan gelombang peningkatan kes baharu ini dengan golongan individu yang tidak divaksin.
#COVID-19 #austria #vaksinasi #penutupan
;