COVID-19: Australia sahkan individu kedua alami darah beku selepas suntikan AstraZeneca

Astro Awani
April 13, 2021 06:41 MYT
Pihak berkuasa Australia mengesyorkan agar mereka yang berusia di bawah 50 tahun menerima vaksin Pfizer berbanding AstraZeneca. - Foto REUTERS
AUSTRALIA mengesahkan individu kedua telah didiagnosis dengan masalah darah beku selepas menerima vaksin COVID-19 AstraZeneca.
Bagaimanapun pihak berkuasa masih meneruskan kempen vaksinasi.
Minggu ini Australia gagal capai sasarannya untuk menvaksinasi hampir 26 juta penduduknya pada akhir tahun ini susulan pengawal selia ubatan Eropah melaporkan kes pembekuan darah melibatkan vaksin AstraZeneca.
Ini mendorong pegawai Australia untuk mengesyorkan agar mereka yang berusia di bawah 50 tahun menerima vaksin Pfizer berbanding AstraZeneca.
Menurut Menteri Kesihatan Greg Hunt, pihaknya menjangkakan penurunan signifikan dalam jumlah vaksinasi.
Australia tidak mahu terlibat menggunakan vaksin Johnson & Johnson yang turut dikaitkan dengan masalah pembekuan darah.
Kedua-dua produk tersebut sedang dipantau oleh pengawal selia ubatan Eropah setelah mendapati kemungkinan adanya kaitan dengan pembekuan darah, walaupun ada dakwaan manfaatnya masih melebihi risiko.
#COVID-19 #vaksin #Australia #AstraZeneca #darah beku
;