COVID-19: AstraZeneca sahkan vaksin tidak guna bahan terlarang
Astro Awani
Mac 21, 2021 06:58 MYT
Mac 21, 2021 06:58 MYT
JAKARTA: AstraZeneca mengesahkan vaksin COVID-19 keluarannya tidak mengandungi bahan terlarang, khususnya daripada unsur babi.
Ini sekali gus menyangkal dakwaan sesetengah pihak di Indonesia bahawa vaksin itu tidak halal dari segi syariah.
Majls ulama tertinggi Indonesia dalam laman webnya pada Jumaat mendakwa vaksin itu 'haram' kerana proses pembuatannya menggunakan bahan daripada haiwan tersebut.
Bagaimanapun, majlis itu meluluskan penggunaan vaksin AstraZeneca memandangkan keadaan darurat wabak.
Jurucakap AstraZeneva di Indonesia, Rizman Abudaeri berkata vaksin tersebut tidak menggunakan atau bersentuhan dengan produk berasal daripada babi atau haiwan lain dalam semua peringkat proses pembuatannya.
Majlis ulama dan agensi ubat-ubatan Indonesia tidak memberikan sebarang reaksi berkaitan perkara tersebut.
Pihak berkuasa Indonesia pada Jumaat meluluskan penggunaan vaksin AstraZeneca.
Indonesia salah satu negara paling tinggi jumlah jangkitan di Asia dengan 1.455 jua kes dan lebih 39,000 kematian.
#Indonesia
#syariah
#vaksin
#AstraZeneca
#COVID-19
#haram
#tidak halal
#unsur babi
#lulus penggunaan
#majlis ulama