COVID-19: Arab Saudi kuarantin wang syiling, kertas
Astro Awani
Mei 22, 2020 06:26 MYT
Mei 22, 2020 06:26 MYT
Arab Saudi akan kuarantin wang syiling dan kertas yang diterima di dalam negara itu baik daripada rakyat tempatan atau dari luar negara.
Menurut laporan Al Arabiya, usaha itu dilakukan sebagai langkah berjaga-jaga dalam membendung penularan COVID-19.
Menurut Lembaga Kewangan Arab Saudi (SAMA), setakat ini pihaknya telah mensterilkan mata wang kertas dan logam yang diterima kerajaan itu.
“Kami turut mengasingkannya selama 14 hari dan sehingga 20 hari, bergantung kepada dari mana wang tersebut datang,” kata SAMA dalam satu video promosi yang menjelaskan prosedur mereka.
Tambahnya, semua wang tersebut akan ditempatkan dalam bekas khas di mana proses pensterilan boleh dilakukan di situ selain menyusun semua wang kertas untuk memastikan kualiti dan kebersihannya.
“Kami kemudiannya akan mengasingkan wang kertas tersebut mengikut piawaian dan menghapuskan wang kertas yang kotor dan tidak menepati standard.
“Kami juga telah mengarahkan institusi kewangan untuk mengambil langkah berjaga-jaga dalam memastikan wang digunakan berada dalam keadaan bersih," katanya.
Arab Saudi melaporkan peningkatan 2,532 kes baru dan 12 kematian bagi COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan kes ialah 65,077 manakala jumlah kematian 351 orang.
#Al Arabiya
#Arab Saudi
#Bersih
#COVID-19
#kematian
#kerajaan
#koronavirus
#kuarantin
#Lembaga Kewangan Arab Saudi
#rakyat
#video
#wang kertas
#wang syiling