COVID-19: Angka maut global lebih 681,000

Astro Awani
Ogos 1, 2020 07:35 MYT
Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 153,000 kematian. - Gambar fail
JUMLAH kumulatif kematian global akibat COVID-19 kini berada pada 681,158 kes.
Statistik Johns Hopkins University menunjukkan terdapat lebih 7,000 kematian akibat wabak itu di seluruh dunia dalam tempoh 24 jam.
Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 153,000 kematian.
Ini diikuti Brazil dengan lebih 92,000 kematian.
United Kingdom dan Mexico masing-masing merekodkan lebih 46,000 kes.
Sementara India dan Itali pula merekodkan 36,000 angka korban.
Negara terakhir merekodkan angka kematian melebihi 20,000 ialah Sepanyol dengan lebih 28,000 kes.
Manakala, lain-lain negara masih merekodkan angka korban di bawah 18,000 kes.
#Amerika Syarikat #Brazil #COVID-19 #India #Itali #Johns Hopkins University #kematian #koronavirus #maut #Mexico #sepanyol #United Kingdom
;