COVID-19: Angka korban dunia melebihi 2 juta

Astro Awani
Januari 15, 2021 07:10 MYT
Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 390,000 kes.
ANGKA kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 2 juta kes.
Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 390,000 kes.
Ini diikuti Brazil dengan lebih 207,000 kes, India dan Mexico pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.
Negara yang merekodkan angka korban melebihi 50,000 kes termasuk United Kingdom, Itali, Perancis, Rusia, Iran dan Sepanyol.
Manakala negara yang merekodkan antara 30,000 hingga 50,000 kes kematian adalah Colombia, Argentina, Jerman, Peru, Afrika Selatan dan Poland.
Selain itu, Indonesia, Turki, Ukraine dan Belgium antara negara merekodkan lebih 20,000 kematian.
Kebanyakan negara lain merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.
BACA: COVID-19: Kes positif dunia 93.6 juta
#jumlah kematian #Johns Hopkins University #angka korban #Amerika Syarikat #COVID-19
;