COVID-19: Angka kematian global hampir 1.3 juta

Astro Awani
November 10, 2020 22:49 MYT
Setakat ini, Argentina merekodkan 33,907 kes kematian akibat COVID-19. - Gambar fail
ANGKA kematian di seluruh dunia kini menghampiri 1.3 juta.
Statistik Johns Hopkins University menunjukkan bilangan kumulatif kematian global akibat COVID-19 kini berjumlah 1,269,199 kes.
Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 239,374, diikuti Brazil dengan 162,628.
Manakala India dan Mexico masing-masing merekodkan 127,059 dan 95,027 kes.
Manakala, kematian di United Kingdom setakat ini sebanyak 49,861 kes, Itali (42,330) dan Perancis (41,049) dan negara yang mencatatkan angka korban melebihi 30,000 ialah Sepanyol, Iran, Peru, Argentina, Colombia dan Rusia.
Lain-lain negara masih merekodkan angka korban di bawah 20,000.
#COVID-19 #Johns Hopkins University #jumlah kematian #Amerika Syarikat #Brazil #India