COVID-19: Angka kematian global cecah 1.64 juta kes

Astro Awani
Disember 16, 2020 06:45 MYT
Angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia berdasarkan data Johns Hopkins University kini mencecah 1.64 juta kes. -Gambar fail
ANGKA kematian akibat COVID-19 seluruh dunia berdasarkan data Johns Hopkins University kini mencecah 1.64 juta kes.
Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 306,000 kes.
Ini diikuti Brazil, India dan Mexico yang merekodkan angka kematian lebih 100,000 kes.
Negara yang merekodkan angka korban melebihi 50,000 kes termasuk Itali, United Kingdom, Perancis dan Iran.
Manakala negara yang merekodkan 30,000 hingga 50,000 kematian ialah Sepanyol, Rusia, Argentina, Colombia dan Peru.
Tiga negara catat angka korban melebihi 20,000 iaitu Afrika Selatan, Poland dan Jerman.
Indonesia, Belgium, Turki, Chile dan Ukraine antara negara yang merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.
#kes kematian #Global #COVID-19 #Johns Hopkins University #jumlah kematian #angka kematian #angka korban
;