COVID-19: Angka kematian global cecah 1.63 juta kes
Astro Awani
Disember 15, 2020 07:01 MYT
Disember 15, 2020 07:01 MYT
ANGKA kematian akibat COVID-19 seluruh dunia berdasarkan data Johns Hopkins University kini mencecah 1.63 juta kes.
Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 302,000 kes.
Ini diikuti Brazil, India dan Mexico yang merekodkan angka kematian lebih 100,000 kes.
Negara yang merekodkan angka korban melebihi 50,000 kes termasuk Itali, United Kingdom, Perancis dan Iran.
Manakala negara yang merekodkan 30,000 hingga 50,000 kematian ialah Sepanyol, Rusia, Argentina, Colombia dan Peru.
Tiga negara catat angka korban melebihi 20 ribu iaitu Afrika Selatan, Poland dan Jerman.
Indonesia, Belgium, Turki, Chile dan Ukraine antara negara yang merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.
#Amerika Syarikat
#COVID-19
#angka kematian
#Johns Hopkins University
#jumlah kematian
#United Kingdom
#Indonesia