COVID-19: Amerika Syarikat sumbang 500 juta dos vaksin kepada negara miskin
Astro Awani
Jun 9, 2021 06:31 MYT
Jun 9, 2021 06:31 MYT
WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) akan menyumbangkan 500 juta dos vaksin Pfizer-BioNTech kepada 92 negara berpendapatan rendah bagi tempoh dua tahun akan datang.
Pengumuman mengenai inisiatif ini dijangka diumumkan Presiden Joe Biden sebelum bermulanya Sidang Kemuncak G7 pada Khamis.
Sejumlah 200 juta dos akan diedar tahun ini, sementara bakinya diedarkan tahun depan.
AS sebelum ini berdepan tekanan supaya meningkatkan akses vaksin kepada negara berpendapatan rendah.
Penasihat Keselamatan kepada Presiden, Jake Sullivan memberitahu presiden komited membantu dalam isu kesihatan awam.
Ini kerana perihal kesihatan merupakan isu yang jadi keutamaan ketika ini.
Langkah ini juga akan memberi bayangan dasar luar AS yang lebih terbuka.
#Joe Biden
#Amerika Syarikat
#vaksin
#Pfizer
#BioNTech
#G7
#negara miskin
#Pfizer-BioNTech
#Jake Sullivan
#COVID-19