COVID-19: Amerika Syarikat bantu India tangani lonjakan kes

Astro Awani
April 24, 2021 08:52 MYT
Fauci berkata, CDC bekerjasama dengan agensi rakannya di India untuk memberikan sokongan dan bantuan teknikal. - Gambar fail
AMERIKA Syarikat akan berusaha membantu India berdepan lonjakan kes COVID-19 yang memberi tekanan tinggi kepada sistem kesihatan negara itu.
Pengarah Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit Amerika Syarikat, Dr Anthony Fauci berkata, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) bekerjasama dengan agensi rakannya di India untuk memberikan sokongan dan bantuan teknikal.
"Ya, tentu sahaja, India sedang melalui situasi yang sangat mengerikan sekarang. Mereka semalam mengalami jumlah kes terbesar yang pernah dilaporkan oleh mana-mana negara.
"Mereka mempunyai situasi di mana terdapat varian yang muncul. Kami belum sepenuhnya mencirikan varian dan hubungan antara kemampuan vaksin untuk melindungi, tetapi kita menganggap dengan jelas bahawa mereka memerlukan vaksin.
"CDC membantu dengan berunding dengan mereka seperti yang berlaku di negara lain di mana terdapat situasi dalam memberi bantuan teknikal," katanya.
India mencatatkan satu lagi rekod jangkitan harian global untuk hari kedua berturut-turut dengan 332,730 kes.
Pegawai hospital menggunakan media sosial, memohon kepada pemerintah India untuk menambah bekalan oksigen mereka.
#India #media sosial #COVID-19 #vaksin #kesihatan #Anthony Fauci #CDC AS #Amerika Syarikat
;