COVID-19: Acara hujung tahun di New York diteruskan dalam norma baharu
Agensi
November 24, 2020 22:54 MYT
November 24, 2020 22:54 MYT
NEW YROK: Acara 'ball drop' yang disambut setiap tahun menjelang sambutan tahun baharu di Times Square, New York tetap akan diteruskan tahun ini dengan norma baharu.
Orang ramai disarankan untuk menyaksikan sambutan simbolik itu di rumah dan tidak berkumpul beramai-ramai tahun ini.
Anggota polis New York akan dikerahkan ke Times Square bagi memastikan orang ramai tidak berhimpun di kawasan berkenaan.
Malah, pihak penganjur perarakan Hari Kesyukuran, Macy’s juga diatur semula tahun ini dengan pertunjukan itu akan ditayangkan secara langsung melalui skrin televisyen.
Macy’s juga telah mengurangkan jumlah peserta perarakan sebanyak 88 peratus.
Acara-acara yang dibatalkan tahun ini termasuk perarakan belon gergasi dan pertunjukan “Christmas Spectacular” di Radio City Music Hall.
Namun, kemeriahan sambutan Krismas masih lagi diraikan oleh peniaga tempatan yang menghias kedai-kedai mereka.
Untuk rekod, Amerika Syarikat kini merekodkan lebih 12 juta kes COVID-19 dengan hampir 9,500 kematian.