COVID-19: 948,000 kematian di seluruh dunia

Fareez Azman
September 18, 2020 23:55 MYT
Keadaan di sebuah unit rawatan rapi bagi merawat pesakit yang dijangkiti COVID-19 di Hospital Frimley Park, Surrey, Britain, 22 Mei, 2020. REUTERS
ANGKA kematian global akibat jangkitan COVID-19 terus meningkat dengan pertambahan lebih 6,000 kes dalam tempoh 24 jam.
Sehingga kini, lebih 948,000 kematian dicatatkan.
Amerika Syarikat menjadi negara paling tinggi merekodkan kematian akibat virus itu dengan lebih 198,000 kes setakat ini.
Ini diiikuti Brazil dengan 134,000 kes, India dan Mexico pula merekodkan masing masing 84,000 dan 72,000 kes kematian.
Manakala United Kingdom pula mencatatkan 41,000 kes, diikuti Itali, Perancis, Peru dan Sepanyol mencatatkan angkat korban melebihi 30,000 kes.
Negara yang mencatatkan angka korban lebih 23,000 kes pula ialah Iran dan Colombia.
#Amerika Syarikat #Brazil #COVID-19 #India #Iran #Itali #Johns Hopkins University #kematian #Kes #koronavirus #Mexico #Rekod #United Kingdom