COVID-19: 80 petugas kesihatan terima suntikan vaksin di Rom

Agensi
Disember 28, 2020 04:11 MYT
Antara yang pertama menerima suntikan vaksin pada Isnin ialah Dr Enrico Di Rosa. -Foto AP
ROM: Sejumlah 80 petugas perubatan di Rom, Itali terima suntikan vaksin COVID-19 pada Isnin.
Mereka merupakan sebahagian daripada penerima program vaksinasi di negara itu yang mengutamakan semua petugas perubatan.
Antara yang pertama menerima suntikan vaksin pada Isnin adalah Dr Enrico Di Rosa.
Beliau merupakan antara petugas kesihatan yang membendung penularan virus itu sejak Januari tahun ini.
Beliau pada masa sama menyifatkan ia merupakan perkembangan yang melegakan dan berharap penularan pandemik ini akan berakhir dalam masa terdekat.
"Apa yang melegakan adalah ia akhirnya dibangunkan dan diedarkan dalam tempoh masa yang mencabar ini.
"Saya berharap dengan adanya perkembangan vaksin ini, pandemik ini akan berakhir dalam masa terdekat," katanya kepada The Associated Press selepas diberi suntikan tersebut.
Untuk rekod, program vaksinasi di Itali peringkat awal melibatkan semua petugas kesihatan kemudian diikuti dengan warga emas dan petugas di rumah jagaan.
#Itali #warga emas #COVID-19 #pandemik #Enrico Di Rosa #petugas perubatan #vaksin #program vaksinasi
;