COVID-19: 75 peratus rakyat Mexico dijangkiti

Astro Awani
Jun 12, 2021 07:13 MYT
Orang ramai memakai pelitup muka ketika berada di tempat terbuka susulan penularan COVID-19 di Mexico, 4 Jun, 2021. REUTERS
SEKURANG-kurangnya satu per empat daripada 126 juta populasi rakyat Mexico telah dijangkiti COVID-19.
Kementerian Kesihatan berkata pada Jumaat, angka itu lebih tinggi berbanding jangkitan yang disahkan sebelum ini.
Tinjauan Kesihatan Dan Pemakanan Nasional 2020 menunjukkan, kira-kira 31.1 juta individu dijangkiti virus tersebut.
Anggaran itu diberikan ketika Mexico mencatatkan 3,282 kes baharu dengan 243 kematian, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan 2.4 juta manakala jumlah kumulatif kematian 229,823.
Kerajaan Mexico sebelum ini menyatakan, jumlah sebenar kes kemungkinan lebih tinggi.
Dapatan tinjauan itu juga menunjukkan, ramai dalam kalangan pesakit COVID-19 merupakan kes tidak bergejala.
Tinjauan tersebut dilakukan ke atas 13,910 isi rumah antara 17 Ogos hingga 14 November 2020.
Data berasingan diterbitkan pada Mac menunjukkan, jumlah kematian sebenar akibat COVID-19 di Mexico adalah sekurang-kurangnya 60 peratus melebihi angka yang disahkan.
#COVID-19 #Mexico #jumlah kematian #jangkitan #Kementerian Kesihatan #AS
;