COVID-19: 7 bilion dos vaksin didaftar di seluruh dunia

Astro Awani
November 2, 2021 23:58 MYT
Di Amerika Syarikat, sebanyak 422,274,387 dos vaksin COVID-19 telah didaftarkan setakat 2 Nov, 2021. - Gambar fail
JUMLAH dos vaksin COVID-19 yang sudah didaftar atau disuntik di seluruh dunia kini mencecah 7 bilion.
Menurut data Johns Hopkins University, setakat ini, sejumlah 7,105,180,138 dos vaksin sudah didaftar atau disuntik di peringkat global.
China mendahului dengan 2.28 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.
Ini diikuti India dengan 1.073 bilion dos dan Amerika Syarikat dengan lebih 422 juta dos.
Brazil mencatat lebih 276 juta dos sementara Jepun melebihi 190 juta.
Turki, Jerman dan Mexico mencatat angka melepasi 100 juta dos.
Di Asia Tenggara, Indonesia jauh di hadapan negara lain dengan 196 juta dos.
Ini diikuti Thailand dengan lebih 75 juta, manakala Filipina 59 juta dan Malaysia 50 juta.
Singapura sudah melebihi 10 juta dos vaksin yang didaftarkan.
#COVID-19 #vaksin didaftarkan #suntikan vaksin #dos vaksin