COVID-19: 7,548 kes baharu dikesan di Singapura

Astro Awani
Mac 26, 2022 09:15 MYT
Kebanyakan kes baharu yang direkodkan adalah pada protokol dua dengan gejala ringan. - Foto fail/REUTERS
SINGAPURA: Singapura melaporkan 7,584 kes baharu COVID-19 setakat tengahari Jumaat.
Daripada jumlah itu, 7,376 adalah kes tempatan manakala 208 kes adalah kes import.
Sementara itu terdapat 13 kematian baharu direkodkan.
Setakat ini, 826 pesakit menerima rawatan di hospital dengan 101 pesakit memerlukan bantuan oksigen.
Manakala 28 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU).
Kebanyakan kes baharu yang direkodkan adalah pada protokol dua dengan gejala ringan.
#COVID-19 #kes baharu #ICU #gejala ringan
;