COVID-19: 7.2 juta kes minggu lalu, rekod tertinggi di Amerika

Astro Awani
Januari 19, 2022 07:38 MYT
Orang ramai di Brazil dilihat beratur bagi mendapatikan suntikan vaksin COVID-19 Pfizer di Brasilia. - Foto AP
WASHINGTON DC: Jangkitan COVID-19 mencatat rekod baharu di Amerika Syarikat dengan 7.2 juta kes baharu dan lebih 15,000 kematian pada minggu lalu.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Pan Amerika (PAHO) virus ini disifatkan merebak dengan lebih aktif berbanding sebelum ini.
Pengarah PAHO, Carissa Etienne memaklumkan, negara-negara di Amerika Utara dan Latin itu mengalami lonjakan kes kemasukan ke hospital.
PAHO turut menggalakkan agar semua negara mengutamakan saringan terutama antigen pantas bagi mereka yang mempunyai simptom.
Walaupun lebih 60 peratus orang di Amerika Latin dan Caribbean diberi vaksin sepenuhnya, varian Omicron merebak dengan pantas di semua wilayah.
Kemajuan varian dalam beberapa minggu dan bulan akan datang akan bergantung pada langkah kesihatan awam untuk membendungnya, termasuk penggunaan pelitup muka dan penjarakan fizikal serta kadar vaksinasi.
Brazil melaporkan rekod 137,103 kes koronavirus dalam tempoh 24 jam ketika Omicron merebak di negara terbesar di Amerika Latin itu.
#COVID-19 #Amerika Utara #Amerika Latin #vaksin
;