LEBIH 60,000 kes baharu positif COVID-19 direkodkan di India dalam tempoh 24 jam lalu sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara itu adalah 3.17 juta.

Dalam masa sama, Kementerian Kesihatan negara itu memaklumkan terdapat 848 kematian direkodkan dalam tempoh sama menjadikan jumlah kematian di negara itu adalah 58,390.

Bagaimanapun, kes pulih semakin meningkat di negara itu mencecah 76 peratus selepas 2.4 juta rakyatnya yang dijangkiti sebelum ini dilaporkan sembuh dan dibenarkan discaj dari hospital.

Kementerian tersebut memaklumkan sejumlah 66,550 kes pulih disahkan dalam tempoh sama dan ia merupakan jumlah sembuh yang tertinggi setakat ini

Sehingga kini, wilayah Maharashtra, Tamil Nadu, Andhra Pradesh dan Karnataka kekal sebagai wilayah paling teruk terjejas akibat COVID-19.

India pula merupakan negara keempat yang mencatatkan kematian tertinggi akibat COVID-19 didahului dengan Amerika Syarikat, Brazil dan Mexico.