COVID-19: 13 kes baharu di China, enam kes penularan tempatan
Agensi
Oktober 13, 2020 17:21 MYT
Oktober 13, 2020 17:21 MYT
QINGDAO: China merekodkan 13 kes baharu positif COVID-19 pada Isnin dan daripada jumlah itu, enam kes yang direkodkan adalah penularan tempatan.
Menurut Suruhanjaya Kesihatan Nasional negara itu, kesemua kes penularan tempatan itu direkodkan di bandar pelabuhan Qingdao, Shandong, di timur China.
Bandar ini telah menjalankan penyelidikan epidemiologi berskala besar dan pengujian asid nukleik dalam kalangan penduduk.
Sementara itu, tujuh lagi kes yang direkodkan adalah kes import, tiga di Shanghai, dua di Guangdong dan satu di Sichuan.
Suruhanjaya tersebut turut memaklumkan tiada kematian baharu dilaporkan mahupun kes suspek positif yang dilaporkan pada Isnin.
Pada tempoh sama, 15 pesakit didiscaj dari hospital selepas dilaporkan pulih.
Dengan penambahan kes baharu itu, ia menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Tanah Besar itu adalah 85,591 kes dengan 4,634 kematian.