COP28: Macron gesa anggota G-7 henti guna arang batu menjelang 2030

Bernama
Disember 2, 2023 15:25 MYT
Macron berkata usaha untuk menyesuaikan dasar-dasar perdagangan dengan peralihan ekologi perlu dilaksanakan. - Gambar/ AP
ANKARA: Presiden Perancis Emmanuel Macron pada Jumaat menggesa negara anggota G7 supaya berhenti menggunakan arang batu menjelang 2030.
Beliau berkata demikian ketika mengetengahkan beberapa perkara penting untuk menambah baik usaha menangani perubahan iklim pada Persidangan ke-28 Pihak-Pihak Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (COP28) di Dubai, lapor Agensi Anadolu.
"Keutamaan utama bagi negara-negara paling membangun adalah untuk menghentikan penggunaan tenaga fosil, Perancis dan Eropah sedang menuju ke arah itu.
"Negara-negara sedang membangun mesti berhenti menggunakan arang batu, ini satu lagi perjuangan yang perlu dilaksanakan," katanya.
Beliau berkata usaha untuk menyesuaikan dasar-dasar perdagangan dengan peralihan ekologi perlu dilaksanakan.
"Saya sangat yakin bahawa kita mesti memasukkan peraturan iklim dalam peraturan Pertubuhan Perdagangan Dunia," katanya.
Macron berkata perjuangan menentang kemiskinan mahupun perubahan iklim perlu seiring.
"Semua ini memerlukan kepada perubahan acuan kewangan antarabangsa kerana sebelum ini ia direka ketika kebanyakan negara yang ada pada hari ini (persidangan) belum menyertai persidangan ini," katanya.
-- BERNAMA
#COP28 #PBB #perubahan iklim #Emmanuel Macron
;