COP26: Perjanjian iklim dicapai satu langkah besar - Boris Johnson
Astro Awani
November 14, 2021 10:57 MYT
November 14, 2021 10:57 MYT
PERDANA Menteri Britain Boris Johnson berkata, perjanjian iklim yang dicapai pada persidangan COP26 di Glasgow, Scotland, adalah satu pencapaian besar untuk bergerak ke hadapan.
Beliau berharap ia akan menandakan permulaan kepada berakhirnya perubahan iklim dunia.
Jelasnya, masih banyak usaha perlu dilakukan pada tahun-tahun akan datang.
"Bagaimanapun, perjanjian hari ini adalah satu langkah besar ke hadapan.
"Dan secara kritikal, kita kini mempunyai satu perjanjian antarabangsa pertama untuk mengurangkan arang batu dan pelan hala tuju ke arah mengehadkan pemanasan global kepada 1.5 darjah Celsius," katanya di London pada Sabtu.
Johnson turut menyatakan komitmen untuk terus bekerja tanpa jemu ke arah matlamat berkenaan.