COP26: Bill Gates setuju kerjasama dengan Suruhanjaya EU, keluar dana AS$1 bilion

Agensi
November 3, 2021 23:13 MYT
Hartawan terkenal, yang juga pengasas Breakthrough Energy Ventures, Bill Gates tidak ketinggalan untuk menghadiri Sidang Kemuncak COP26 di Glasgow. - AP
GLASGOW: Hartawan terkenal, yang juga pengasas Breakthrough Energy Ventures, Bill Gates tidak ketinggalan untuk menghadiri Sidang Kemuncak COP26 di Glasgow.
Hasil pertemuannya dengan beberapa pemimpin, beliau bersetuju menjalinkan kerjasama pelaburan bagi menangani isu iklim yang semakin kritikal.
Menerusi kerjasama EU-Catalyst, Bill Gates dan Presiden Suruhanjaya EU, Ursula Von Der Leyen serta Presiden European Investment Bank, Werner Hoyer sepakat untuk membuat pelaburan besar.
Mereka komited untuk menggerakkan dana sehingga AS$1 bilion antara tempoh 2022 hingga 2026 untuk merancakkan teknologi inovatif yang dapat mencapai sasaran Perjanjian Hijau Eropah.
BACA: COP26: Ikrar baharu tangani gas metana, selamatkan hutan
BACA: COP26: Biden kecam China, Rusia gagal hadir
Pelaburan itu bakal menyasarkan teknologi berpotensi yang diiktiraf untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau.
Pada masa ini kosnya mungkin terlalu mahal untuk dipertingkatkan dan bersaing dengan teknologi berasaskan bahan api fosil.
Bagaimanapun, usaha itu akan menggandingkan kerjasama sektor awam dan swasta untuk melabur dalam projek demonstrasi berskala besar.
Antaranya dalam bidang hidrogen bersih, bahan api sektor penerbangan yang mampan dan storan tenaga jangka masa panjang.
COP26 | Ikrar baru tangani gas metana, selamatkan hutan
#COP26 #Bill Gates #Ursula von der Leyen #EU
;