COP26: Biden tetapkan sasaran kurangkan kos hapus karbon dioksida
Astro Awani
November 5, 2021 07:10 MYT
November 5, 2021 07:10 MYT
PENTADBIRAN Presiden Joe Biden pada Jumaat menetapkan sasaran untuk mengurangkan kos bagi menghapuskan karbon dioksida dari atmosfera.
Inisiatif tersebut adalah sebahagian daripada pelan Amerika Syarikat untuk menjadikan ekonominya bebas karbon menjelang 2050.
Amerika merancang mengurangkan kos menghapuskan karbon kepada AS$100 satu tan menjelang akhir dekad ini.
Ini termasuk menerusi kaedah perhutanan dan penyimpanan gas menerusi sistem alam semula jadi.
"Kita telah meracuni atmosfera. Kita mesti membaik pulih dan menyembuhkan dunia. Dan satu-satunya cara untuk melakukannya ialah dengan menghapuskan karbon dioksida untuk selamanya," kata Setiausaha Tenaga Jennifer Granholm ketika memperkenalkan inisiatif itu pada sidang kemuncak perubahan iklim COP26 di Glasgow, Scotland.
Ini adalah pelan ketiga disenaraikan bagi mencapai sasaran perubahan iklim, dengan menggunakan inovasi.
Terdahulu, dua pelan awal dilancarkan sebelum ini, menumpukan kepada pengurangan kos hidrogen hijau dan penyimpanan kuasa dari tenaga diperbaharui.