Colombia syor penduduk di kawasan gunung berapi dipindahkan

Astro Awani
April 30, 2023 12:10 MYT
Pemandangan dari udara gunung berapi Nevado Del Ruiz yang terletak di sempadan Caldas dan Tolima. - Foto REUTERS
MURILLO: Pihak berkuasa di Colombia syorkan beberapa bandar berhampiran gunung berapi dipindahkan sebelum berlaku letusan.
Pejabat Pengurusan Bencana berkata ia sedang menggerakkan usaha memindahkan penduduk dalam kawasan 15 kilometer dari jajaran gunung berapi Nevado Del Ruiz di Colombian Andes.
Aktiviti seismik semakin meningkat di gunung berapi itu yang pernah menyebabkan 25,000 maut dalam satu letusan pada tahun 1985.
Letusan gunung berapi itu adalah bencana alam paling teruk dalam sejarah Colombia.
Kawasan gunung berapi di barat Colombia itu setinggi 5,300 meter dan antara gunung berapi di sepanjang lingkaran api, iaitu kawasan gunung berapi di Pasifik yang aktif dan sering menyebabkan gempa bumi.
Pada 13 November 1985, ia meletus dan mengeluarkan haba dan lava yang menyebabkan salji di puncak gunung cair.
Ia juga menyebabkan tanah runtuh dan menelan bandar Armero, menyebabkan separuh populasinya maut.
#gunung berapi #pindah penduduk #Nevado Del Ruiz #Colombian Andes
;