Colombia siasat kehilangan banduan dalam penjara
Astro Awani
Februari 19, 2016 16:00 MYT
Februari 19, 2016 16:00 MYT
Pihak berkuasa Colombia memulakan siasatan ke atas isu kehilangan lebih 100 banduan di penjara La Modela, Bogota pada 1998 hingga 2001.
Menurut pegawai perundangan, Caterina Heyck, siasatan dilakukan sebuah suruhanjaya khas yang ditubuhkan bagi menyiasat kes misteri itu.
Kes itu sebelum ini menggemparkan orang ramai apabila pasukan penyiasat menemui cebisan anggota manusia dalam saluran pembentungan di penjara kontroversi itu.
Penjara La Modela disifatkan sebagai penjara paling sesak dan bermasalah di Amerika latin.
Kebanyakan banduan yang menjalani hukuman di penjara itu adalah kumpulan berhaluan kiri dan kumpulan separa tentera.