Colombia naikkan tahap amaran kemungkinan letusan gunung berapi Nevado del Ruiz

Bernama
April 5, 2023 13:06 MYT
Gunung berapi Nevado del Ruiz yang terletak di sempadan Tolima dan Caldas di Colombia diletakkan di bawah amaran jingga berikutan kemungkinan risiko letusan. -Reuters
BOGOTA: Gunung berapi Nevado del Ruiz yang terletak di sempadan Tolima dan Caldas di Colombia diletakkan di bawah amaran jingga berikutan kemungkinan risiko letusan.
Sejak Selasa, pihak berkuasa telah memindahkan penduduk yang berada di kawasan berisiko tinggi sebagai langkah pencegahan, menurut Agensi Anadolu.
Letusan gunung berapi itu pernah mencetuskan bencana alam terburuk dalam sejarah negara pada November 1985, menyebabkan lebih 23,000 orang terkorban.
Kerajaan menaikkan tahap amaran pada minggu lalu berikutan peningkatan aktiviti gunung berapi.
Andai letusan berlaku ia boleh menjejaskan kira-kira 57,000 keluarga di 27 majlis perbandaran, menurut pihak berkuasa.
Menurut Perkhidmatan Geologi Colombia, terdapat lebih 5,000 aktiviti seismik di gunung berapi itu direkodkan dalam sehari.
-- BERNAMA
#Gunung berapi Nevado del Ruiz #Colombia #amaran jingga #risiko letusan
;