CNN perkenal perkhidmatan penstriman, CNN plus
Agensi
Julai 19, 2021 06:12 MYT
Julai 19, 2021 06:12 MYT
CNN sedang dalam proses pengambilan beratus-ratus orang pekerja baharu dan mengembangkan puluhan program bagi perkhidmatan langganan penstriman yang akan dilancarkan awal tahun depan.
Usaha baharu itu, yang dipanggil CNN +, akan bergandingan dengan rangkaian televisyen CNN yang sedia ada dan akan menyiarkan siaran langsung lapan hingga 12 jam sehari.
Jeff Zucker, Ketua WarnerMedia News and Sports dan Presiden CNN Worldwide, menggambarkan CNN + sebagai evolusi berita video dan permulaan era baharu bagi syarikat itu.
"CNN mencipta kandungan berita kabel pada tahun 1980, mendefinisikan semula berita dalam talian pada tahun 1995 dan sekarang mengambil langkah penting untuk mengembangkan berita dengan melancarkan perkhidmatan langganan penstriman secara langsung kepada pengguna pada tahun 2022," kata Zucker dalam satu kenyataan.
Ketua Pegawai Eksekutif Digital yang bertanggungjawab terhadap CNN +, Andrew Morse berkata ini adalah pelancaran paling penting untuk CNN sejak program bual bicara Ted Turner yang dilancarkan pada bulan Jun 1980.
"Di samping tarikan kuat televisyen yang menjadi teras kami hari ini, kami juga akan menawarkan produk penstriman kepada pengguna dan meningkatkan jangkauan jenama CNN dengan cara yang tidak dilakukan oleh orang lain," katanya.
Perkhidmatan penstriman ini akan dilancarkan pada suku pertama 2022.