Cisco akan kurangkan 7 peratus tenaga kerja globalnya
Agensi
Ogos 15, 2024 08:15 MYT
Ogos 15, 2024 08:15 MYT
CALIFORNIA: Syarikat teknologi multinasional, Cisco Systems yang meramalkan hasil suku pertama lebih baik daripada jangkaan pada Rabu mengumumkan akan mengurangkan tujuh peratus tenaga kerja globalnya, sekali gus menyebabkan sahamnya naik lima peratus dalam dagangan lanjutan.
Cisco Systems adalah sebuah syarikat teknologi multinasional yang berpusat di San Jose, California, Amerika Syarikat dan terkenal sebagai peneraju dalam penyediaan peralatan rangkaian, perisian serta dan perkhidmatan teknologi maklumat.
Langkah mengurangkan kakitangan itu dijangka melibatkan kos pra-cukai sehingga $1 bilion, dengan $700 juta hingga $800 juta akan diiktiraf dalam suku pertama.
Pada Februari lalu, Cisco berkata akan mengurangkan lima peratus daripada tenaga kerja globalnya atau lebih daripada 4,000 pekerja, sambil menurunkan sasaran pendapatan tahunannya.
Dalam masa sama, syarikat itu menjangkakan pendapatan suku pertama dalam lingkungan $13.65 bilion dan $13.85 bilion, manakala penganalisis secara purata menjangkakan $13.71 bilion, menurut data LSEG. - Agensi