Seorang penyokong militan Daish, disabit kesalahan berhubung dakwaan cuba rekrut kanak-kanak sebagai 'tentera jihad', bagi melancarkan serangan keganasan di seluruh London.
Umar Haque yang merupakan warga Britain berusia 25 tahun, dilaporkan menunjukkan video dan propaganda militan yang berunsur ganas kepada kanak-kanak dan memaksa mereka melakonkan semula apa yang ditonton.
Ini termasuk video militan memenggal kepala tahanan.
Komander Anti-Keganasan Polis Metropolitan, Dean Haydon memaklumkan Umar, menggunakan kelebihan pengetahuan ilmu agamanya dan bertindak sebagai guru untuk memujuk 110 kanak-kanak berusia antara 11 ke 14 tahun menjadi militan.
Umar turut merancang melancarkan serangan menggunakan 'tentera jihad' ini, di beberapa kawasan tumpuan di London termasuk bangunan Big Ben, pusat membeli-belah, bank dan stesen penyiaran.
Kesemua kanak-kanak berkenaan merupakan pelajar sebuah sekolah swasta Islam tempat dia bertugas sebagai kerani.
Mereka dilaporkan diugut oleh Umar supaya tidak mendedahkan apa yang dilalui, atau berdepan kemungkinan dipenggal kepala seperti tahanan militan Daish.
Kira-kira 35 kanak-kanak yang direkrut Umar kini dalam pengawasan jangka panjang oleh pihak berkuasa termasuk diperintahkan menjalani khidmat masyarakat.
Umar didapati bersalah atas beberapa dakwaan, termasuk cubaan melancarkan serangan keganasan.
Dia sebelum ini turut mengaku bersalah atas empat tuduhan lain.
Dua lagi rakannya yang didakwa bertanggungjawab mengumpul dana, turut disabit kesalahan.
Reuters
Fri Mar 02 2018
!['Cikgu' rekrut kanak-kanak sebagai 'tentera jihad' didakwa 'Cikgu' rekrut kanak-kanak sebagai 'tentera jihad' didakwa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/61520029177_UmarHaque.jpg)
Umar Haque mengaku seorang guru dan merekrut murid di sebuah sekolah swasta sebagai 'tentera jihad' - Foto AP
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Dulu van buruk, kini jadi 'Library Cikgu' Dulu van buruk, kini jadi 'Library Cikgu'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/51598867415_LibraryCikgu.jpg)
Dulu van buruk, kini jadi 'Library Cikgu'
Biarpun telah bersara daripada bidang pendidikan, ia tidak memudaratkan semangat Cikgu Ahmad untuk berbakti kepada masyarakat serta mendidik kanak-kanak.
![Artikel dedah RM80 juta dirompak Kementerian Pendidikan, satu fitnah melampau - KPM Artikel dedah RM80 juta dirompak Kementerian Pendidikan, satu fitnah melampau - KPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/61545285709_MASZLEEMALIK.jpg)
Artikel dedah RM80 juta dirompak Kementerian Pendidikan, satu fitnah melampau - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia hari ini menafi sekeras kerasnya laporan tular di laman sosial sebagai fitnah cuba calar imej Dr Maszlee.
![Ini penghargaan warga kerja Astro AWANI sempena Hari Guru Ini penghargaan warga kerja Astro AWANI sempena Hari Guru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/51463372367_Guru.jpg)
Ini penghargaan warga kerja Astro AWANI sempena Hari Guru
Warga kerja Astro AWANI teruja merakamkan ucapan terima kasih kepada individu-individu istimewa yang mereka kenang dalam profesion perguruan.