China umum bantuan tambahan AS$43.5 juta untuk mangsa banjir di Pakistan
Bernama
September 4, 2022 11:40 MYT
September 4, 2022 11:40 MYT
NEW DELHI: China akan menyediakan bantuan tambahan sebanyak 300 juta yuan (AS$43.5 juta) kepada Pakistan susulan bencana banjir yang melanda negara ini.
Menurut Kedutaan China di Islamabad pada Sabtu, perkara itu diumumkan pengerusi Agensi Kerjasama Pembangunan Antarabangsa China (CIDCA) Luo Zhaohui.
Menteri Luar Pakistan Bilawal Bhutto Zardari mengucapkan terima kasih kepada China atas bantuan itu.
"Ini satu lagi manifestasi hubungan unik kami terutama ketika menghadapi saat yang sukar," katanya.
Sebelum ini, China menawarkan bantuan bernilai 100 juta yuan untuk membantu mangsa banjir Pakistan.
Pakistan yang dilanda hujan lebat dan banjir telah menyebabkan 33 juta penduduk terjejas manakala kerugian dianggarkan AS$10 bilion.
-- BERNAMA