China tolak adakan rundingan selepas 'belon' ditembak jatuh - Pentagon
Bernama
Februari 8, 2023 17:19 MYT
Februari 8, 2023 17:19 MYT
WASHINGTON: Beijing menolak tawaran untuk mengadakan rundingan selepas Amerika Syarikat (AS) menembak jatuh belon pengintip yang didakwa milik China.
Jurucakap Jabatan Pertahanan AS Pay Ryder berkata selepas belon itu ditembak jatuh di perairan AS pada Ahad, Pentagon mahu mengadakan rundingan antara Setiausaha Pertahanan Lloyd Austin dan rakan sejawatan dari China Wei Fenghe, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).
Bagaimanapun, China menolak permintaan itu, kata Ryder dalam satu kenyataan.
"Kami percaya kepentingan mengekalkan komunikasi terbuka antara AS dan China untuk mengurus hubungan secara bertanggungjawab. Hubungan ketenteraan antara kami amat penting dalam saat seperti ini.
"Komitmen kami untuk berkomunikasi akan diteruskan," katanya.
Pada Ahad, AS menembak jatuh belon itu yang telah berada di ruang udara negara ini selama beberapa hari.
-- BERNAMA