China 'tidak iktiraf' keputusan Tribunal Timbang Tara

Agensi
Julai 12, 2016 18:03 MYT
Tuntutan China di kawasan laut berkenaan telah mencetus ketegangan di Asia Tenggara. - Gambar fail
China bersifat angkuh apabila 'tidak menerima dan mengiktiraf' keputusan Tribunal Timbang Tara dalam kes tuntutannya ke atas Laut China Selatan dengan Filipina.
Agensi berita Xinhua pada Selasa melaporkan reaksi berkenaan, tanpa disertakan identiti sumber, berikutan Tribunal yang berpangkalan di The Hague itu memutuskan bahawa China tidak mempunyai hak sejarah di sembilan titik garisan di kawasan berkenaan.
BACA: Mahkamah Tribunal Antarabangsa tolak tuntutan Beijing ke atas Laut China Selatan
Sebelum ini isu tuntutan China di kawasan laut berkenaan telah mencetus ketegangan di Asia Tenggara.
Tribunal Timbang Tara di bawah panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu juga menegaskan, China telah melanggar kedaulatan Filipina di Laut China Selatan kerana tuntutan itu.
"China telah melanggar hak kedaulatan Filipina dalam zon ekonomi eksklusif dengan tindakannya campur tangan dalam eksplorasi petroleum dan perikanan Filipina, selain membina pulau-pulau buatan serta gagal menghalang nelayan-nelayan China daripada menangkap ikan di zon tersebut," ujar satu kenyataan.
#China #Laut China Selatan #Mahkamah Tribunal Antarabangsa #tuntutan China #tuntutan ditolak