China terus hantar bantuan kemanusiaan ke Gaza

Bernama
November 30, 2023 16:58 MYT
Trak membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza masuk dari Mesir di Rafah, 21 Okt 2023. -Gambar fail/AP
EL ARISH: China terus menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza dengan penghantaran terbaharu dibuat pada 28 November.
Bantuan kemanusiaan itu, termasuk ubat-ubatan dan barangan makanan seperti makanan dalam tin, biskut, madu, oat dan air minuman.
Selain itu, wakil pejabat China ke Palestin turut menandatangani sijil penyerahan kiriman wang tunai sebanyak US$1 juta (RM4.65 juta) dengan Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) di Timur Dekat pada Rabu.
Sebelum ini, Presiden Xi Jinping ketika menghadiri sidang kemuncak khas BRICS mengenai isu Palestin-Israel pada minggu lalu, mengumumkan China akan terus menghulurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza untuk meredakan ketegangan situasi kemanusiaan di wilayah itu.
-- BERNAMA
#Gaza #China #Xi Jinping #Palestin #BRICS
;