China tarik balik syarat kuarantin pelancong antarabangsa bermula 8 Januari
Agensi
Disember 27, 2022 13:04 MYT
Disember 27, 2022 13:04 MYT
CHINA akan menarik balik syarat kuarantin dikenakan terhadap pelancong antarabangsa bermula 8 Januari depan susulan protes rakyatnya terhadap dasar COVID sifar.
Republik itu telah mengurangkan tempoh kuarantin kepada lima hari di hotel dan tiga hari di rumah berbanding tempoh tiga minggu sebelum ini.
Bagaimanapun, pelancong ke China masih memerlukan ujian negatif COVID-19 48 jam sebelum berlepas walaupun peraturan baharu dikuat kuasa bulan depan.
Sejak beberapa minggu lalu, Kerajaan China telah banyak melonggarkan dasar COVID sifar yang dilihat sangat ketat dan membebankan orang awam, susulan siri protes luar biasa pada akhir November.
Selain itu, perubahan secara berperingkat itu susulan keadaan ekonomi yang semakin melemah, serta reaksi rakyat negara republik itu yang semakin bosan dengan sekatan ketat.
Minggu lalu, bandar terbesar di China, Shanghai, merekodkan 5.43 juta kes positif COVID-19 dalam kalangan 25 juta penduduknya.