China tangguh roboh masjid besar

Sinar Harian
Ogos 11, 2018 07:17 MYT
Masjid Besar Weizhou mahu dirobohkan pihak berkuasa China. -Foto Sinar Harian
Pihak berkuasa di utara China menangguhkan rancangan meroboh sebuah masjid besar, semalam selepas ribuan penduduk melakukan bantahan besar-besaran.
Penunjuk perasaan mula berkumpul, kelmarin sebelum tarikh akhir meroboh Masjid Besar Weizhou di wilayah Ningxia, utara China.
BACA: Ribuan penduduk Islam China protes keputusan robohkan masjid bersejarah
Beberapa rakaman video di media sosial menunjukkan, ramai penunjuk perasaan berkumpul di depan masjid berkenaan sejak beberapa hari lalu sambil dikawal polis.
“Kerajaan berkata, ia bangunan haram tetapi tidak. Masjid ini mempunyai sejarah beratus tahun,” kata seorang pemilik restoran tempatan.
Di seluruh China, pihak berkuasa didakwa cuba mengehadkan kebebasan beragama untuk penduduk Muslim.
#bantahan besar-besaran #China #Islam #masjid bersejarah #Masjid Besar Weizhou #protes #roboh masjid
;