China sekat laut, ruang udara Taiwan

Sinar Harian
April 11, 2023 08:10 MYT
Imej dari rakaman video yang diperoleh dari CCTV China pada 9 April menunjukkan kapal tentera China mengambil bahagian semasa latihan ketenteraan di Selat Taiwan. - Foto AP
CHINA melakukan simulasi serangan dengan 'menutup' Taiwan semasa tempoh latihan memasuki hari terakhir ketika Amerika Syarikat (AS) mengerahkan kapal pemusnah ke perairan yang dituntut Beijing.
China melancarkan latihan ketenteraan selama tiga hari sehingga Isnin sebagai tindak balas kepada Presiden Taiwan, Tsai Ing-wen pada minggu lalu bertemu Speaker Dewan Perwakilan AS, Kevin McCarthy sehingga mencetuskan amaran Beijing.
Selepas dua hari menjalani latihan 'Joint Sword' membabitkan simulasi serangan mengepung pulau itu, China berkata, permainan perang itu termasuk 'menutupnya' di mana media melaporkan puluhan pesawat melakukan sekatan udara.
Tentera China berkata, sebuah kapal pengangkut pesawat Shandong turut menyertai latihan itu.
AS berulang kali menyeru China supaya 'bertenang' dan pada Isnin Washington menghantar kapal pemusnah peluru berpandu USS Milius merentasi perairan Laut China Selatan.
"Kebebasan operasi pelayaran harus ditegakkan dengan berdasarkan hak yang sah," katanya.
Tambahnya, kapal itu belayar berhampiran Pulau Spratly, kepulauan dituntut China, Taiwan, Filipina, Vietnam, Malaysia dan Brunei yang terletak kira-kira 1,300 kilometer dari Taiwan.
Pelayaran USS Milius mencetuskan kemarahan China dengan mengatakan kapal itu menceroboh secara haram. - Agensi/Sinar Harian
#Taiwan #China #simulasi serangan kepung Taiwan #latihan ketenteraan
;