Sekumpulan ahli parlimen Britain yang menyiasat hubungan Britain dengan Hong Kong dimaklumkan bahawa China tidak akan memberi kebenaran kepada mereka untuk masuk ke wilayah bekas jajahan itu.
Jawatankuasa Hal Ehwal Luar yang memantau urusan Kementerian Luar sedang menyemak hubungan antara Britain dengan wilayah pentadbiran khas China itu 30 tahun selepas deklarasi bersama 1984 yang menggariskan terma-terma penyerahan Hong Kong pada 1997.
Richard Ottaway yang mempengerusikan jawatankuasa yang dianggotai oleh ahli parlimen daripada kerajaan dan pembangkang berkata beliau akan mengusulkan satu perbahasan tergempar di parlimen pada Isnin.
Jawatankuasa 11 anggota itu merancang melawat Hong Kong sebelum akhir tahun ini untuk melengkapkan siasatan mereka.
"Kerajaan China sejak beberapa minggu dan beberapa bulan yang lalu menyatakan bantahan mereka terhadap siasatan ini," kata jawatankuasa itu dalam satu kenyataan.
Siasatan itu dibuat ketika kumpulan penunjuk perasaan pro-demokrasi meneruskan siri protes mendesak hak untuk memilih pemimpin mereka sendiri tanpa campur tangan daripada China.
"Saya telah dimaklumkan oleh kedutaan China sekiranya kami cuba ke Hong Kong, kami tidak akan dibenarkan masuk," kata Ottaway.
"Kami adalah sebuah jawatankuasa wakil rakyat parlimen sebuah negara yang demokratik yang mahu memeriksa urusan diplomatik Britain di Hong Kong.
"Kerajaan China bersikap konfrontasi apabila menyekat kerja kami."
Sekatan ini dibuat selepas sekumpulan wakil rakyat Britain membetalkan lawatan ke China setelah seorang daripada mereka yang bercakap mengenai autonomi Hong Kong tidak diberikan visa.
Richard Graham, ketua Kumpulan Parlimen Semua Parti China dan juga bekas diplomat ke Beijing dan Macau pada tahun 1980-an, tidak mendapat visa pada saat-saat akhir sebelum lawatan tiga hari mereka.
Akhbar The Guardian melaporkan Graham telah diminta oleh pejabat kedutaan China di London untuk menjelaskan pandangannya mengenai dasar China di Hong Kong susulan satu ucapannya di parlimen pada bulan lepas.
Astro Awani
Mon Dec 01 2014
Polis terpaksa menggunakan penyembur lada dan cota ketika bertempur dengan kumpulan pelajar penunjuk perasaan pro-demokrasi yang cuba merempuh ibu pejabat bangunan kerajaan di kawasan pentadbiran Hong Kong pada 1 Disember. - Foto AFP/Dale de la Rey
Empat lelaki cedera diserang sekumpulan individu bersenjatakan parang di Nilai
Kejadian membabitkan empat lelaki berumur 44 hingga 59 tahun diserang pada kira-kira pukul 10 malam.
Anwar anjur majlis makan tengah hari raikan Perdana Menteri Jepun
Hubungan Malaysia-Jepun bertambah kukuh dengan peningkatan hubungan dua hala kepada Perkongsian Strategik Komprehensif pada Disember 2023.
Raja Permaisuri Perak berkenan lancar buku 'Women In Energy'
Buku itu bertujuan untuk meraikan sumbangan wanita dalam membentuk peralihan tenaga di Malaysia.
Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Pahang, Johor hingga Ahad
Kawasan yang terlibat adalah Rompin, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
AWANI Ringkas: Mula dibayar 13 Januari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Indonesia sedia pemeriksaan kesihatan percuma bermula Februari
Kementerian Kesihatan Indonesia akan menyediakan pemeriksaan kesihatan secara percuma untuk rakyat negara itu yang dijadual akan dilaksanakan pada Februari ini.
Penyanyi Rasathi Unna Kanatha Nenju, Jayachandran meninggal dunia
Penyanyi legenda India, P Jayachandran yang terkenal sebagai Bhava Gayakan meninggal dunia akibat kanser di Hospital Amala, Kerala pada usia 80 tahun.Jayachandran, meninggal dunia, kanser, penyanyi india, Buletin AWANI
Rusia sambut baik penyertaan Indonesia
Rusia menyambut baik penyertaan Indonesia sebagai anggota penuh BRICS, yang dijangka akan memperkukuh lagi penyatuan Selatan Global dan Timur.
Singapura pertingkat aspek keselamatan di ICA
Singapura akan mempertingkatkan pemeriksaan keselamatan di pusat pemeriksaan darat, udara. dan lautnya dari 9 Jan hingga 22 Jan, menurut Penguasa Imigresen & Pusat Pemeriksaan (ICA).
Menurut ICA, langkah itu sebagai tindak balas terhadap situasi keselamatan yang semakin tegang di rantau ini.
Singapore, Border, Malaysia, ICA, Buletin AWANI
Menurut ICA, langkah itu sebagai tindak balas terhadap situasi keselamatan yang semakin tegang di rantau ini.
Singapore, Border, Malaysia, ICA, Buletin AWANI
Pembeli Myanmar berada di kedudukan kedua selepas China
Pembelian kondominium di Thailand dalam kalangan warga Myanmar berada di kedudukan kedua selepas pembeli dari China bagi sembilan bulan pertama tahun 2024.Buletin AWANI
Ahli Parlimen disaran guna peruntukan bantu pertingkat jalur lebar di sekolah
Ahli Parlimen yang menerima peruntukan daripada kerajaan Persekutuan dicadang untuk menggunakannya bagi membantu mempertingkat perkhidmatan jalur lebar di sekolah.
92 Ahli Parlimen India digantung tugas
Seramai 33 anggota Dewan Rakyat dan 45 anggota Dewan Negara digantung tugas pada Isnin manakala 14 lagi telah digantung tugas minggu lalu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 November 2023.
Kerajaan Itali mahu haramkan penggunaan bahasa Inggeris dalam urusan rasmi
Kerajaan Itali berhasrat untuk mengharamkan penggunaan bahasa Inggeris dalam urusan rasmi.
PM Anwar tegur sikap Ahli Parlimen, minta jaga tatasusila
Jangan biarkan rakyat ketawa melihat seluruh Dewan ini seperti sarkas, pesan Perdana Menteri.
PRU15: Tun M setuju tindakan isytihar harta, tapi bukan musim pilihan raya semata-mata
Dr Mahathir berkata, perkara itu perlu dibentangkan di Dewan Rakyat terlebih dahulu bagi mewajibkan ahli Parlimen mengisytihar harta masing-masing.
Tidak sampai satu jam, Dewan Rakyat 'panas' dengan pertikaman lidah Ahli Parlimen
Beberapa perkataan yang agak panas seperti "letak jawatan" dan "derhaka" turut dikeluarkan sepanjang sejam mesyuarat itu berlangsung.
Parti atau pengundi
Sebarang kesilapan di dalam pemilihan calon dalam pilihan raya boleh membawa kesan yang harus ditanggung oleh setiap rakyat di negara ini.
Tiada asas ugut Ahli Parlimen sokong Belanjawan 2021 - Tun M
Tun Dr Mahathir berkata Tengku Zafrul dan pemimpin kerajaan lain amat tidak bertanggungjawab dengan mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan.
Peruntukan untuk pembangkang ditarik balik, mana keadilannya? - Syed Saddiq
Persoalan itu dilontarkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat pada Rabu.