China sasar henti keluar karbon dioksida tambahan menjelang 2060

Astro Awani
September 23, 2020 08:15 MYT
Xi Jinping berucap dalam rakaman video awal yang dimainkan pada sesi ke-75 UNGA di ibu pejabat PBB di New York, 22 Sept, 2020. (Foto AP)
CHINA mensasarkan untuk menghentikan pengeluaran karbon dioksida (CO2) tambahan menjelang 2060, kata Presidennya Xi Jinping pada Selasa.
Beliau menegaskan dalam perutusannya sempena Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA), pandemik COVID-19 membuktikan wujudnya keperluan untuk memelihara alam sekitar.
Komitmen China ini dianggap langkah signifikan buat pengeluar gas hijau terbesar dunia itu.
"COVID-19 menyedarkan kita dunia sewajarnya melancarkan revolusi hijau dan bergerak lebih pantas ke arah mewujudkan pembangunan hijau dalam kehidupan, memelihara alam sekitar dan menjadikan dunia tempat yang lebih baik.
"Manusia tidak boleh lagi mengabaikan amaran alam sekitar dan memeras sumber tanpa pemuliharaan, meneruskan pembangunan, namun menjejaskan perlindungan dan eksploitasi tanpa pemulihan," kata Jinping.
Beliau turut merujuk Perjanjian Paris yang dipersetujui bersama bekas presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama pada 2015.
Kata beliau, China akan meningkatkan sasaran pengurangan gas hijau dengan pendekatan dan polisi menyeluruh.
"Kita mensasarkan mencapai kemuncak pengeluaran CO2 sebelum 2030 dan mencapai carbon neutrality sebelum 2060,” he said.
Sehingga kini, banyak negara telah berikrar mengurangkan gas hijau menjelang 2050, termasuk Kesatuan Eropah.
AS bagaimanapun belum menetapkan sebarang sasaran dalam hal ini.
#alam sekitar #Amerika Syarikat #Barack Obama #carbon neutrality #China #gas hijau #karbon dioksida tambahan #Kesatuan Eropah #koronavirus #pandemik #perhimpunan #Perjanjian Paris #revolusi hijau #Xi Jinping
;