China saran tiga fasa penyelesaian isu Rohingya untuk Myanmar, Bangladesh

Agensi
November 20, 2017 05:07 MYT
Menteri Luar China, Wang Yi, berkata negaranya percaya Myanmar dan Bangladesh mampu bekerjasama dengan wajar untuk mengakhiri krisis itu. - Gambar fail
China menggesa gencatan senjata di Rakhine, Myanmar supaya pelarian Rohingya dapat pulang dari Bangladesh, dalam pendekatan tiga peringkat bagi manangani isu tersebut.
Pembentangan cadangan itu berlangsung sempena persidangan para diplomat dari 51 buah negara Asia dan Eropah di Myanmar pada Isnin.
Lebih daripada 600,000 orang Islam Rohingya melarikan diri ke Bangladesh sejak penghujung Ogos lalu, berikutan operasi pengusiran di negeri Rakhine yang majoritinya penduduk Buddha.
Dalam bencana kemanusiaan itu, kumpulan pemerhati telah melabelkan tentera Myanmar sebagai zalim dan keterlaluan, sementara tokoh canselor negara itu, Aung San Suu Kyi, dikritik teruk oleh masyarakat antarabangsa kerana gagal bertindak terhadap hak golongan tertindas.
Menteri Luar China, Wang Yi, berkata negaranya percaya Myanmar dan Bangladesh mampu bekerjasama dengan wajar untuk mengakhiri krisis itu.
“Fasa pertama adalah untuk menguatkuasakan gencatan senjata di lokasi krisis bagi mengembalikan kestabilan dan undang-undang, seterusnya rakyat boleh menikmati keamanan serta tidak perlu untuk melarikan diri,” ujar Wang Yi.
Seterusnya, selepas gencatan senjata berjalan dengan baik, rundingan antara Myanmar dan Bangladesh perlu mendapatkan penyelesaian untuk membawa pulang pelarian, dan fasa terakhir adalah untuk menjalin kerjasama bagi mencapai penyelesaian jangka panjang dalam mengurangkan kemiskinan.
Untuk berita penuh, SILA BACA DI SINI.
#Bangladesh #China #gencatan senjata #kebajikan #kemanusiaan #Myanmar #pelarian #Rakhine #rundingan
;