China, Rusia kerjasama bantu Afghanistan
Astro Awani
Ogos 26, 2021 08:48 MYT
Ogos 26, 2021 08:48 MYT
PRESIDEN Rusia, Vladimir Putin dan rakan sejawatnya dari China, Xi Jinping bersetuju untuk meningkatkan usaha mengatasi ancaman yang muncul di Afghanistan selepas penguasaan taliban.
Menerusi panggilan telefon, kedua dua pemimpin itu menyatakan kesediaan mereka untuk meningkatkan usaha perangi ancaman keganasan dan perdagangan dadah yang berasal dari wilayah Afghanistan.
Mereka juga dilaporkan berbincang mengenai pentingnya mewujudkan perdamaian di Afghanistan dan mencegah ketidakstabilan ke wilayah berdekatan.
Putin dan Xi dilaporkan juga bersepakat untuk memperhebatkan hubungan dua hala kedua dua negara dan akan memanfaatkan sepenuhnya Organisasi Kerjasama Shanghai (SCO) yang akan mengadakan sidang kemuncak di Tajikistan bulan depan.
Sementara itu, Moscow optimis terhadap kepimpinan baru Kabul.
Putin juga mengkritik penglibatan kuasa luar dalam urusan dalaman Afghanistan dengan mendakwa Moscow sendiri mengambil pengajaran daripada pencerobohan negara Soviet selamat satu dekad.
Sebaliknya, selepas Taliban berkuasa pada 15 Ogos lalu, China bersedia untuk memperhebat hubungan dan kerjasama dengan Afghanistan.