China rancang tubuh Biro Keselamatan Nasional di Hong Kong

Astro Awani
Jun 21, 2020 12:18 MYT
Media China, CCTV melaporkan, beberapa perincian undang-undang keselamatan negara yang kontroversi diusulkan untuk Hong Kong. - AP Photo/Kin Cheung
China merancang menubuhkan Biro Khas di Hong Kong untuk menyiasat dan mendakwa jenayah yang dianggap mengancam keselamatan negara.
Media China, CCTV melaporkan, beberapa perincian undang-undang keselamatan negara yang kontroversi diusulkan untuk Hong Kong.
Tanggungjawab biro itu adalah untuk menganalisis dan menilai situasi menjaga keamanan nasional.
Kesemua badan dan agensi pemerintah Hong Kong daripada institusi kewangan sehingga imigresen akan bertanggungjawab secara langsung kepada pemerintah pusat di Beijing.
Perincian undang-undang keselamatan yang diusulkan dikritik kerana didakwa merosakkan institusi perundangan politik wilayah semi autonomi itu.
Menurut Tam Yiu-Chung, satu-satunya perwakilan Hong Kong dalam jawatankuasa tetap, undang-undang itu telah dikaji semula tetapi tidak ada undi yang diambil dan tidak jelas bilakah ia akan dikaji dengan lebih lanjut.
Jawatankuasa tetap China bermesyuarat setiap dua bulan.
Di sebalik dikritik hebat di Hong Kong dan luar negara, Beijing tetap bertekad untuk meneruskan pelaksanaan undang-undang kontroversi itu serta memintas kuasa perundangan Hong Kong.
#Beijing #CCTV #China #Hong Kong #Imigresen #jenayah #keselamatan #politik #undang-undang
;