China perbaharui amaran cuaca panas

Bernama
Julai 5, 2023 13:13 MYT
Di beberapa kawasan di Hebei, Beijing, Tianjin, Shandong dan Henan, suhu mungkin melebihi 40 darjah Celsius. - Gambar fail/REUTERS
BEIJING: Pusat Meteorologi China pada Rabu memperbaharu amaran kuning untuk suhu tinggi ketika gelombang haba terus melanda di beberapa kawasan di negara itu, lapor Xinhua.
Pada siang hari Rabu, suhu di bahagian Hebei, Beijing, Tianjin, Shandong, Henan, Hunan, Jiangxi, Fujian, Guangdong dan Xinjiang diramalkan melebihi 35 darjah Celsius.
Di beberapa kawasan di Hebei, Beijing, Tianjin, Shandong dan Henan, suhu mungkin melebihi 40 darjah Celsius.
Pusat itu menasihatkan orang ramai elak melakukan aktiviti luar dan minum air secukupnya untuk menghindarkan diri daripada strok haba.
China mempunyai sistem amaran cuaca tiga peringkat, dengan merah mewakili amaran paling teruk, diikuti dengan oren dan kuning.
-- BERNAMA
#China #Pusat Meteorologi China #amaran cuaca panas #gelombang haba