China pastikan 2 jam aktiviti fizikal harian untuk pelajar sekolah rendah, menengah rendah

Bernama
September 27, 2024 08:30 MYT
China akan memastikan pelajar sekolah rendah dan menengah rendah terlibat dalam sekurang-kurangnya dua jam aktiviti fizikal setiap hari. - Gambar hiasan
BEIJING: China akan memastikan pelajar sekolah rendah dan menengah rendah terlibat dalam sekurang-kurangnya dua jam aktiviti fizikal setiap hari, kata seorang pegawai pendidikan pada Khamis, lapor Xinhua.
Setiap hari, pelajar akan menghadiri satu kelas sukan dan melakukan satu jam latihan fizikal selepas kelas, kata Wang Jiayi, Naib Menteri Pendidikan, pada satu sidang media.
Langkah ini bertujuan menyelesaikan masalah biasa seperti masalah penglihatan dan berat badan dalam kalangan pelajar dengan memastikan mereka mendapat pendedahan yang mencukupi kepada cahaya matahari, katanya.
China pastikan 2 jam aktiviti fizikal harian untuk pelajar
Di Beijing, waktu rehat 10 minit antara kelas untuk pendidikan wajib telah dilanjutkan kepada 15 minit bermula semester musim luruh ini.
Pihak berkuasa pendidikan perbandaran berkata keputusan ini bertujuan menyediakan masa rehat yang mencukupi untuk guru dan pelajar antara kelas, sambil menggalakkan pelajar meluangkan masa di luar bagi meningkatkan kesejahteraan fizikal dan mental mereka.
- BERNAMA
#China #aktiviti fizikal #pelajar sekolah #kelas sukan
;