China nafi kapal perang pancar laser pada pesawat Australia

Agensi
Februari 21, 2022 23:01 MYT
Tindakan kapal terbabit disifatkan Perdana Menteri Australia, Scott Morrison sebagai 'tindakan berbaur ugutan'. - Gambar/ Reuters
CHINA menafikan dakwaan kapal tentera lautnya memancarkan laser ke arah salah sebuah pesawat peninjau Australia dalam kejadian di luar pantai utara Australia, minggu lalu.
Kejadian itu sebelum ini disifatkan Perdana Menteri, Scott Morrison sebagai 'tindakan berbaur ugutan'.
Jabatan Pertahanan pada Ahad turut menyifatkannya sebagai membahayakan nyawa.
Beijing pada Isnin bagaimanapun berkata, dakwaan mengenai kejadian itu oleh Australia adalah tidak benar, sambil mempertahankan pergerakan kapalnya sebagai 'pelayaran biasa yang mengikut undang-undang antarabangsa', lapor Reuters.
"Kami menggesa Australia menghormati hak sah kapal China belayar di kawasan laut mengikut undang-undang antarabangsa dan berhenti menyebarkan maklumat palsu mengaitkan China," kata jurucakap Kementerian Pertahanan, Tan Kefei.
Sementara itu, jurucakap Kementerian Pertahan China berkata, pesawat peronda P-8 Australia telah terbang kira-kira empat kilometer dari kapal terbabit dalam kejadian berkenaan.
Dia menyifatkan pesawat itu telah melakukan 'provokasi jahat' yang menimbulkan ancaman keselamatan.
#China #Australia #kapal perang #pancar laser
;