China masih belum luluskan penerbangan Boeing 737 MAX 8

Astro Awani
Mac 2, 2021 08:09 MYT
Sehingga kini beberapa syarikat penerbangan di Amerika dan Eropah telah menamatkan penggantungan selepas Boeing membuat perubahan kepada ciri keselamatan dan kejuruteraan pesawat itu. - boeing.com
CHINA masih tidak membenarkan penerbangan semula pesawat Boeing 737 MAX 8 selagi syarat ditetapkan tidak dipenuhi.
Menurut pentadbiran penerbangan China, ia masih meneliti keselamatan pesawat berkenaan bersama pentadbiran penerbangan Amerika (FAA) dan krew teknikal Boeing.
Tiga syarat China adalah perubahan harus mendapat kelulusan boleh terbang, juruterbang harus mendapat latihan cukup dan efektif serta punca insiden Ethiopian Airlines dan Lion Air harus dijelaskan dan penambahbaikan harus efektif.
Tambahnya, isu keselamatan dibangkitkan China masih belum diselesaikan sepenuhnya.
China mendedahkan penilaian perubahan Boeing belum disahkan dan pesawat belum diuji penerbangan di negara itu.
China adalah negara pertama yang menggantung semua pesawat Boeing 737 MAX-8 diikuti 40 negara lain susulan dua nahas tersebut.
Boeing 737 Max | China masih belum luluskan penerbangan B737MAX8
BACA: Negara mana yang telah gantung pesawat Boeing 737 MAX 8?
BACA: Boeing 737 Max dibenar terbang semula selepas dua tahun digantung operasi
BACA: Boeing, FAA bertanggungjawab atas nahas Lion Air, Ethiopian Airlines - Laporan siasatan
Sehingga kini, beberapa syarikat penerbangan di Amerika dan Eropah telah menamatkan penggantungan selepas Boeing membuat perubahan kepada ciri keselamatan dan kejuruteraan pesawat itu.
Penggantungan selama 20 bulan model itu mengakibatkan Boeing rugi 60 bilion dollar dan pembatalan tempahan 1,200 pesawat.
#Boeing #model #China #pesawat #Nahas #penerbangan #gantung #kerugian #perubahan #ciri keselamatan #kejuruteraan #operasi #keselamatan #siasatan #Boeing 737 MAX 8
;